Aplikasi Android Perlu Menghadkan Penggunaan RAM Bermula Februari 2027

TechnologyDigital
28 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Android Perlu Menghadkan Penggunaan RAM Bermula Februari 2027

Krisis RAM global menyebabkan era telefon Android dengan 24GB RAM pupus tahun ini. Peranti kelas pertengahan dengan hanya 8GB RAM turut kembali menunjukkan tahap keseriusan kekurangan komponen yang dialami industri sekarang. Hari ini Google mengumumkan pembangun aplikasi Android perlu melakukan optimasi bagi menghadkan penggunaan RAM pada peranti.

Image from: Aplikasi Android Perlu Menghadkan Penggunaan RAM Bermula Februari 2027

Ciri Memory Limiter diperkenalkan menerusi Android 17 tahun ini. Oleh itu pembangun perlu melakukan optimasi pada aplikasi menjelang Februari 2027. Antara had baharu dalam aplikasi ialah penggunaan memori dinamik dan penggunaan bitmap. Google menambah keperluan pengoptimuman kod yang direka untuk mencegah perkara seperti aplikasi menjadi perlahan dan gagal berfungsi disebabkan kekurangan RAM.

Selain akan memastikan isu kekurangan RAM menjejaskan prestasi, pengenalan had penggunaan memori ini diharap dapat menjadikan penggunaan peranti Android kelas permulaan lebih lancar. Tahun ini kita kembali melihat peranti Android dengan 4GB RAM kembali ke pasaran Malaysia seperti Redmi 17. yang dilancarkan awal bulan lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved