Pengguna Ryt Bank kini boleh aktifkan akaun melalui mesin ATM, ini caranya

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 7:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Pengguna Ryt Bank kini boleh aktifkan akaun melalui mesin ATM, ini caranya

Penggunaan bank digital bukan sesuatu yang asing di Malaysia, ramai pengguna telah beralih kepada penggunaan perkhidmatan perbankan alam maya ini seperti Ryt Bank.

Apatah lagi, untuk memiliki akaun bank digital ini juga cukup mudah di mana pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Ryt Bank di Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery dan lengkapkan pengesahan identiti (eKYC).

Lebih menarik aplikasi bank digital ini memaparkan ciri kemas dan mudah untuk digunakan pengguna.

Tambah dana dan aktifkan akaun di mesin ATM

Jika sebelum ini pengguna perlu melakukan pemindahan wang daripada bank lain melalui perbankan dalam talian untuk mengaktifkan akaun bank digital dan juga untuk tambah simpanan.

Tetapi kini pengguna boleh aktifkan akaun Ryt bank secara terus di mesin ATM dan di cawangan bank yang berdekatan dengan kediaman masing-masing. Ini kerana Ryt bank telah menyertai rangkaian Interbank GIRO (IBG) dan urusan perbankan diperluaskan.

Dalam masa yang sama juga, pengguna boleh tambah dana dalam akaun melalui mesin ATM. Dengan adanya alternatif seperti ini ia dapat memudahkan urusan perbankan bagi pengguna yang lebih gemar melakukan urusan di mesin ATM atau di kaunter bank pilihan.

Ini bermakna individu yang tidak mempunyai perbankan dalam talian boleh terus buka dan aktifkan akaun di mesin ATM, dimana kebanyakan bank digital tidak menawarkan kemudahan seperti ini.

Image from: Pengguna Ryt Bank kini boleh aktifkan akaun melalui mesin ATM, ini caranya

Untuk melakukan pengaktifan akaun di mesin ATM cukup mudah, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Ryt Bank dan dari paparan muka hadapan pilih “Tambah duit”.

Kemudian pilih “Guna kaedah lain” dan akan keluar paparan pilih “Hantaran ATM” atau “Kunjungi cawangan bank anda” untuk menambah simpanan dan mengaktifkan akaun.

Kini semua jadi lebih mudah di mana pengguna boleh mengakses perbankan digital di mana-mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut layari laman web Ryt Bank.

Yang dah guna bank digital ni, cuba komen pengalaman anda gunakan aplikasi bank maya bersama kami.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved