Aplikasi Apple Store Dikemaskini Dengan Laman “For You”

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya sekarang semakin banyak aplikasi ingin menawarkan tab khas atau laman khas untuk For You. Ia adalah bahagian di mana semua kandungan telah diperibadikan khusus untuk pengguna berdasarkan corak penggunaan aplikasi. Terbaru, aplikasi Apple Store di iPhone dan iPad telah dikemaskini dengan ciri ini.

image is not available

Selain menambah For You, Apple turut menukar Shop ke Products dan Sessions kepada Go Further. Laman For You ini memaparkan sejarah aktiviti melayari laman Apple Store, cadangan untuk melanggan Apple One, tawaran percubaan langganan Apple TV+ atau Apple Music, membandingkan iPhone dan banyak lagi. Shop pula adalah penyenaraian produk yang tersedia di Apple Malaysia, sementara Go Further adalah untuk dapatkan tips/tutorial atau menyemak sesi Today at Apple di Apple Store, The Exchange TRX.

image is not available

Apple turut memberitahu yang aplikasi Apple Store di iPhone dan iPad akan mengumpul dan menggunakan data peranti pengguna, akaun Apple, butiran langganan Apple dan juga sejarah aktiviti di laman Apple Store. Kemas kini baharu ini telah tersedia di App Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved