Aplikasi Berita Artifact Kini Boleh Memberi Ringkasan Dalam Format Gen Z Atau Emoji

TechnologyDigital
26 Apr 2023 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Artifact iaitu aplikasi membaca berita dari pembangun Instagram kini semakin seronok untuk digunakan. Ia menggalakkan lagi orang ramai membaca berita terkini dalam cara yang menyeronokkan.

Kemaskini terbaru adalah menyertakan ciri kecerdasan buatan yang boleh meringkaskan artikel. Apa yang menjadikan ciri kecerdasan buatan Artifact ini menarik adalah ringkasan boleh dijana dalam beberapa format berbeza.

image is not available

Pertama adalah ringkasan biasa jika anda malas membaca artikel penuh. Kemudian ada pilihan Explain Like I’m Five yang meringkaskan berita untuk pemahaman kanak-kanak, ringkaskan dalam bentuk emoji, ringkasan dalam bentuk puisi dan juga dalam bahasa yang golongan Gen Z boleh faham.

Untuk menggunakannya juga mudah di mana pengguna hanya perlu buka satu artikel dan tekan ikon Aa. Di situ pilih Summarize dan akan ada kotak hitam di paparkan di atas artikel. Tekan tiga titik di kotak hitam ini untuk memilih format ringkasan yang digemari.

image is not available

Artifact buat masa ini masih lagi percuma digunakan tetapi kandungannya terhad kepada bahasa Inggeris. Jika anda ingin membaca artikel dan berita terkini dalam bahasa Melayu anda boleh muat turun aplikasi seperti Sarwa yang turut memaparkan ringkasan berita.