Aplikasi ChatGPT Untuk Android Hanya Diperkenalkan Di 4 Buah Negara Buat Masa Ini

TechnologyDigital
26 Jul 2023 • 1:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas membuka sesi pra-daftar untuk aplikasi ChatGPT, hari ini OpenAI membuat pengumuman yang sedikit mengecewakan, dimana ia diperkenalkan di 4 buah negara sahaja buat masa ini.

Empat negara yang sudah boleh memuat-turun aplikasi ChatGPT untuk Android adalah India, Bangladesh, Brazil dan juga Amerika Syarikat. OpenAI menyasarkan untuk terus menambah senarai negara yang disokong secara berperingkat.

image is not available

Aplikasi ChatGPT menawarkan kemudahan untuk mengakses sokongan kecerdasan buatan dalam bertanyakan pelbagai persoalan atau idea dengan mudah emlalui peranti mudah-alih. Pengenalan aplikasi rasmi juga sekaligus mengelak orang ramai memasang aplikasi palsu yang mungkin berbentuk hasad dan sebagainya.

Buat masa ini, untuk pengguna tempatan, anda sudah boleh memuat-turun aplikasi ChatGPT di iPhone. Dengan perkembangan terbaru ini, kita mungkin melihat pengenalan versi Android dalam beberapa minggu lagi.