Aplikasi ChatGPT Untuk MacOS Didapati Menyimpan Perbualan Tanpa Sebarang Penyulitan

TechnologyDigital
4 Jul 2024 • 11:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI telah memperkenalkan aplikasi ChatGPT untuk MacOS baru-baru ini, sekaligus membolehkan para pengguna komputer Apple mengakses sokongan ChatGPT dengan mudah terus pada desktop pada bila-bila masa. Namun, mengikut semakan pembangun, ia didapati OpenAI menyimpan pelbagai data perbualan dan pertanyaan dalam teks biasa, tanpa sebarang penyulitan.

image is not available

Ini sekaligus membuatkan sesiapa yang mempunyai akses komputer berkenaan, boleh melihat kepada data perbualan ini. Aplikasi ChatGPT untuk MacOS juga dilihat tidak menggunakan piawaian biasa sistem operasi Apple berkenaan.

Apa pun, selepas perkara ini diketengahkan dan dibincangkan, pihak OpenAI telah mengeluarkan kemaskini terbaru aplikasi ChatGPT untuk MacOS yang menyelesaikan masalah ini. Bagi anda yang menggunakan aplikasi ChatGPT untuk MacOS, mungkin boleh memuat-turun kemaskini terbaru yang menyulitkan data.