Aplikasi ChatGPT Untuk Windows Kini Terbuka Kepada Semua

TechnologyDigital
15 Nov 2024 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas OpenAI telah melancarkan aplikasi ChatGPT untuk pengguna Windows. Namun untuk pengenalan fasa awal, ia dihadkan kepada pengguna berbayar di bawah ChatGPT Plus, ChatGPT Enterprise, ChatGPT Team, dan ChatGPT Edu sahaja. Hari ini, aplikasi ini mula dibuka kepada semua.

image is not available

OpenAI menyatakan yang aplikasi ChatGPT untuk Windows kini turut boleh digunakan oleh pengguna percuma. Selepas aplikasi dipasang, ChatGPT boleh diseru dengan kekunci Alt + Space. Pengguna boleh melakukan carian dengan terus melajukan tangkapan layar, melakukan carian Internet, memuat naik fail untuk analisa, dan juga menggunakan ciri perbualan semula jadi.

Akan datang, aplikasi ChatGPT turut boleh mengakses aplikasi yang terpasang dalam komputer Windows untuk penggunaan AI lebih mendalam dan tugasan produktiviti yang lebih cekap.