Gmail tidak dinafikan adalah aplikasi emel yang padat dengan ciri da fungsi yang menarik seperti fungsi kecerdasan buatan generatif yang membantu proses penulisan. Terbaru, Gmail untuk Android dan iOS akhirnya menyokong ciri menterjemah kandungan emel.

Sebelum ini ciri penterjemahan hanya ditawarkan melalui web. Pada peranti mudah alih, Gmail menyatakan terdapat sokongan sehingga 100 bahasa yang boleh diterjemahkan. Apabila menerima emel dalam bahasa yang tidak difahami pengguna, terdapat butang Google Translate untuk memulakan penterjemahan.
Ciri ini akan diedarkan kepada pengguna Android terlebih dahulu, sementara pengguna iOS akan muka menerimanya secara berperingkat bermula 21 Ogos akan datang.
- Sumber
