Aplikasi Google Assistant Kini Digantikan Dengan Gemini

TechnologyDigital
22 Feb 2024 • 1:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini Advcanced telah pun dilancarkan kepada umum sebagai perkhidmatan kecerdasan buatan generatif berbayar yang dikuasakan dengan Gemini Ultra. Pelan langganannya adalah Google One AI Premium yang berharga RM97.99 sebulan. Jika anda berada di Malaysia dan telah melanggannya, AI ini boleh diakses melalui web dan jika anda bertuah ia aplikasi Gemini akan terus tersenarai pada Play Store.

image is not available

Memandangkan saya telah melanggannya, akaun saya membenarkan saya muat turun Gemini terus pada Play Store. Apa yang anehnya adalah, selepas memuat turun saya sedari aplikasi Google Assistant telah hilang dan terdapat dua ikon Gemini muncul. Apabila saya tekan salah satu, ia menyatakan “Gemini doesn’t support this feature“. Ini bermakna, aplikasi Gemini telah menggantikan Assistant.

image is not available

Saya tiada masalah dengan perkara ini kerana mudah untuk mengakses ciri AI yang menarik. Tetapi menjadi masalah adalah Gemini masih tidak boleh melakukan banyak fungsi Assistant dan tetapan untuk menggunakan Assistant telah disembunyikan. Buat masa ini tiada suis untuk tukar dengan mudah. Jika anda masih tidak boleh memuat turun Gemini di Play Store, fail APK terkini sedia dimuat turun.