Aplikasi “Google Camera” Kini Dijenamakan Sebagai “Pixel Camera”

TechnologyDigital
16 Oct 2023 • 8:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi para pengguna Android, mungkin sedia mengenali akan aplikasi Google Camera. Aplikasi berkenaan disediakan khusus untuk pengguna telefon pintar Pixel sejak beberapa tahun lepas secara eksklusif dengan beberapa ciri menarik dalam rakaman gambar.

image is not available

Walaupun ramai berharap ia ditawarkan untuk semua peranti, nampaknya perkara berkenaan tidak akan berlaku. Kini, Google menjenamakan semula aplikasi berkenaan sebagai Pixel Camera – sekaligus lebih memudahkan orang ramai mengetahui akan berkenaan dengan aplikasi eksklusif tersebut hanya khusus untuk telefon pintar Pixel sahaja.

Disamping itu, Pixel Camera kini turut memerlukan pengguna menggunakan sistem operasi Android 14 dan terkini.

Telefon pintar Pixel masih tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Namun, sekiranya anda menggunakannya, boleh memuat-turun aplikasi ini ke peranti anda hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved