Pixel Buds Pro kini diperkasa Bluetooth Super Wideband untuk panggilan suara superjelas

Digital
5 Oct 2023 • 9:29 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam acara Made By Google 2023, gergasi Internet itu melancarkan beberapa produk iaitu:

Pixel 8 dan 8 Pro tampil dengan cip pemproses baharu Tensor G3 dan pengeluarnya menjanjikan kemas kini perision 7 tahun lamanya disamping naik taraf biasa melangkaui generasi seperti sistem kamera yang ditambah baik. Pixel Watch 2 pula tampilkan pembaharuan pada prestasi, ciri keselamatan baharu dan sensor bahar

Spesifikasi Google Pixel Buds Pro

Pixel Buds Pro adalah fon putik yang dilancarkan Google dalam tahun 2022 dulu.

image is not available

Untuk tahun ini, mereka menerima pilihan warna baharu iaitu Bay dan Porcelain untuk menyertai warna sedia ada iaitu Coral, Charcoal, Fog, dan Lemograss.

image is not available

Selain daripada warna baharu, Buds Pro juga dikemas kini daripada segi firmware. Google ingin mengetengahkan ciri-ciri AI yang mereka masukkan seperti yang mereka buat pada telefon Pixel. Contohnya, Google memasukkan ciri Bluetooth Super Wideband supaya AI punyai lebih data audio untuk dianalisis dan seterusnya menyaring hingar dengan lebih baik sewaktu bercakap telefon. Ia tidak terhad kepada suara anda kepada penerima, malahan suara penerima juga akan diproses terlebih dahulu sebelum didengari anda. Ciri ini dikenali mereka sebagai Clear Calling.

image is not available

Satu lagi ciri yang picis tapi berguna adalah ia akan menganalisis tabiat mendengar anda dan lakukan saranan daripada segi kekuatan aduio yang sesuai untuk anda bagi memelihara pendengaran dan ia juga cukup pintar untuk berhentikan muzik sekiranya mengesan anda mula bercakap. Latensi Bluetooth juga katanya ditambah baik tapi data khusus tidak dikongsikan.

Pada segi spesifikasi teknikal, Pixel Buds Pro dipacu speaker dinamik 11mm. Ia ada fungsi penyaring hingar aktif dan bersambung dengan telefon menggunakan Bluetooth 5.0. Fon putik Pixel Buds Pro kalis air pada paras IPX4 manakala bekas pengecasnya pada IPX2.

Hayat gunanya dilaporkan seperti berikut:

  • 11 jam dengan ANC OFF
  • 7 jam dengan ANC ON
  • 1 jam dengan ANC ON dengan 5 minit pengecasan

image is not available

Pixel Buds Pro menyokong pengecasan wayarles. Ada juga port USB-C untuk pengecasan secara berkabel namun, kabel pengecas tidak disediakan di dalam kotak. Dalam pasaran A.S, Pixel Buds Pro dijual pada harga USD200 (~RM946).

Sumber: Google