Aplikasi Google Family Link Dikemaskini Bagi Memudahkan Kawalan Peranti Anak-Anak

TechnologyDigital
13 Feb 2025 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Google Family Link telah menerima kemas kini pada antaramuka serta ciri-ciri yang lebih mudah digunakan bagi mengawal penggunaan peranti anak-anak. Ia kini mempunyai tiga tab berbeza untuk Screen Time, penjejakan lokasi dan kawalan aktiviti pada peranti anak. Menerusi tab-tab ini, aksi yang ingin dilakukan dapat diakses dengan lebih pantas tanpa perlu menggeledah menu seperti rekaan terdahulu.

image is not available

Menerusi tab Screen Time ibub apa atau penjaga boleh melihat sendiri masa yang dihabiskan oleh anak dalam jagaan secara setempat. Kawalan untuk mengunci peranti secara automatik juga boleh dilakukan menerusi tab ini. Had masa serta meletakkan jadual bila peranti boleh digunakan juga diakses menerusi tab yang sama.

Tab kawalan pula boleh mengawal aplikasi yang boleh dipasang, membenarkan pemasangan aplikasi yang diminta oleh anak dan melihat aktiviti laman web yang dilayari. Sementara tab penjejakan membenarkan lokasi anak dijejak sepanjang masa atas sebab keselamatan.

image is not available

Mod School time yang diperkenalkan pada jam tangan Fitbit ACE LTE dan Samsung Galaxy Watch for Kids baru-baru ini juga akan diberikan pada Family Link dalam masa beberapa minggu lalu. Menerusinya kawalan aplikasi yang boleh digunakan di sekolah boleh dilakukan di samping membenarkan siapa yang boleh menghubungi anak menggunakan telefon atau aplikasi pemesejan.

Dengan semua ciri di atas, ibu bapa mempunyai kuasa di dalam tangan untuk memastikan penggunaan telefon pintar yang lebih selamat dan bertanggungjawab boleh dilakukan oleh anak-anak.