Aplikasi Google Gemini Untuk iPhone Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
11 Nov 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Gemini semakin hari menjadi semakin baik tetapi penggunaan lengkap chatbot AI generatif Google ini hanya terhad kepada peranti Android. Pengguna iPhone harus menggunakan aplikasi Google yang tiada sokongan Gemini Live. Perkara ini akan berubah tidak lama lagi kerana aplikasi khas Gemini untuk iPhone dikatakan sudah menghampiri.

image is not available

Aplikasi ini dilihat tersedia dalam App Store di Filipina. Menariknya, Google turut memanfaatkan ciri Live Activities pada iOS untuk penggunaan lebih imersif dengan Gemini masih boleh dikawal pada kunci skrin. Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut memfokuskan kepada penggunaan Gemini Live yang tiada dalam aplikasi Google. Ini adalah perkara yang sudah dijangka akan tiba kerana seperti Google Assistant yang turut mempunyai aplikasi tersendiri untuk pengguna iOS.

Buat masa ini tidak pasti bila aplikasi ini akan dibuka kepada semua pengguna. Jika anda masih belum boleh memuat turun Gemini di App Store, buat masa ini anda perlu menggunakan aplikasi Google atau boleh terus akses melalui widget khas.