Aplikasi Google NotebookLM Kini Boleh Dimuat Turun Di Android dan iOS

TechnologyDigital
20 May 2025 • 8:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Google NotebookLM kini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS setelah sekian lama hanya boleh diakses menggunakan pelayar web. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh melakukan ringkasan nota menggunakan NotebookLM yang kemudiannya turut boleh diubah menjadi podsiar bagi memudahkan ulang kaji dilakukan menggunakan audio.

image is not available

Nota dalam bentuk audio ini kemudiannya boleh dimuat turun untuk didengari di luar talian. Dalam mod podsiar pula, pendengar boleh mencelah dan menanyakan soalan mengenai topik dibualkan seperti sedang mendengar kuliah secara langsung. Soalan turut diberikan dalam bentuk teks dan NotebookLM akan memberikan jawapan lengkap dengan anotasi di mana ia boleh dibaca dalam nota yang diproses.

Menerusi aplikasi NotebookLM, melakukan ulang kaji kini tidak lagi dalam bentuk teks dan akhirnya boleh dibawa kemana-mana sahaja asalkan anda mempunyai telefon pintar.

Aplikasi Google NotebookLM disokong pada peranti dengan sekurang-kurangnya Android 10 dan iOS 17. Muat turun menerusi pautan di bawah.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved