Google Gemini Akan Tiba Ke Google TV, Android XR, Android Auto dan Wear OS 6

TechnologyDigital
14 May 2025 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anda tidak boleh melarikan diri daripada Google Gemini kerana Google mengumumkan kecerdasan buatan (AI) ini akan turut akan tiba pada peranti yang menggunakan sistem operasi Google TV, Android XR, Android Auto dan Wear OS 6 tahun ini.

image is not available

Di Google TV, Gemini boleh diseru untuk memberikan saranan filem yang sesuai dengan umur. Ia juga boleh memberikan sarana video YouTube yang boleh ditonton sekiranya ingin belajar mengenai subjek sains misalnya. Pada Android Auto, Gemini boleh memberikan ringkasan mesej yang diterima, memberikan sarana perjalanan ke tempat menarik lengkap dengan navigasi dan mengingati di mana kerana diletakkan.

image is not available

Seterusnya pada Wear OS 6, kawalan suara boleh digunakan untuk memulakan aktiviti dan menstrim muzik ketika bersenam. Semuanya dilakukan dengan arahan suara sepenuhnya. Pada Android XR yang akan dilancarkan bersama set kepada Samsung Projek Moohan akhir tahun ini pula, interaksi dengan Gemini Live boleh dilakukan.

image is not available

Pengguna boleh meminta Gemini memberikan senarai lokasi menarik untuk bercuti. Kemudian dengan arahan suara mereka boleh terus menonton video 3D imersif yang menggunakan kemampuan VR/MR set kepala. Samsung turut mengesahkan Gemini aka