Aplikasi HLB Connect catat pertumbuhan pangkalan pengguna sebanyak 22% sehingga Mei 2023

Business & Finance
6 Jul 2023 • 5:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aplikasi HLB Connect catat pertumbuhan pangkalan pengguna sebanyak 22% sehingga Mei 2023

diyana

06/07/2023 - 17:12

KUALA LUMPUR 6 Julai - Platform perbankan digital Hong Leong Bank, aplikasi HLB Connect telah menyaksikan pertumbuhan pangkalan pengguna sebanyak 22% tahun ke tahun (YoY) sehingga Mei 2023, di mana volum dan nilai transaksi kewangan yang dijalankan melalui aplikasi itu masing-masing meningkat sebanyak 26% dan 39%.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata pertumbuhan yang memberangsangkan itu membuktikan janji jenama bank tersebut ‘Dibina Di Sekitar Anda’, di mana bank itu memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan dan komuniti yang berkembang, dengan memudahkan perbankan melalui inovasi digital serta melengkapkan gaya hidup dan kitaran hidup mereka.

image is not available
Kevin Lam

"Bagi memperluaskan pangkalan pelanggan dan penggunaan platform perbankan digital kami, ia bermula dengan pemahaman mendalam tentang pelanggan dan komuniti, dengan mengambil maklum dan berada di lapangan untuk memerhati cara mereka berinteraksi dengan alat perbankan dan digital,” ujar beliau.

Sempena meraikan pelanggannya dan menyambut tahun kewangan baharu, Hong Leong Bank mengadakan HLB Connect Day 2023 pada 7 Julai dan menyediakan tawaran istimewa sepanjang bulan ini dan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan.

Hong Leong Bank berkata tawaran istimewa itu termasuk lebih RM1 juta pulangan tunai, ganjaran dan kadar eksklusif.

Sementara itu, pelanggan yang mendaftar untuk HLB Wallet, iaitu eWallet berbilang mata wang yang baru dilancarkan bank tersebut, akan berpeluang memenangi lebih daripada RM500,000 dalam bentuk pulangan tunai.

Selain itu, urus niaga berkelayakan yang dijalankan melalui aplikasi HLB Connect berpeluang mendapat pulangan tunai lebih daripada RM300,000.

image is not available

Kevin menambah bahawa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan merupakan asas dalam pendekatan Hong Leong Bank terhadap inovasi dan pertumbuhan memandangkan kejayaan bank itu terletak pada keupayaannya untuk memberi tawaran yang benar-benar memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan.

“Dengan meletakkan pelanggan sebagai teras semua yang kami lakukan, kami boleh mencipta penyelesaian bermakna bagi menangani titik kesakitan, mempertingkatkan kehidupan kewangan dan membantu mereka agar kekal bertanggungjawab,” tambahnya.