Aplikasi HLB Connect Kini Menyokong Tiga Platform Pembayaran QR Utama Di China

WorldBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 6:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang pelanggan Hong Leong Bank, dan sering ke China untuk tujuan kerja, riadah dan lain-lain, bank tempatan tersebut ada berita baik untuk anda. Baru-baru ini, aplikasi HLB Connect mereka telah dikemaskini dengan ciri QR Pay (China) yang membolehkan anda untuk membayar dan menerima wang dari perkhidmatan, bisnes dan individu di China dengan lebih cepat dan mudah.

Image from: Aplikasi HLB Connect Kini Menyokong Tiga Platform Pembayaran QR Utama Di China

Ciri QR Pay (China) ini membolehkan pengguna aplikasi HLB Connect untuk membayar dan menerima wang menggunakann tiga platform pembayaran QR utama di China, termasuklah Weixin Pay (WeChat Pay), UnionPay dan AliPay+.

Image from: Aplikasi HLB Connect Kini Menyokong Tiga Platform Pembayaran QR Utama Di China

Cara untuk mengakses ciri pembayaran ini juga dilihat cukup mudah. Pertama, anda akan mahu mengemaskini aplikasi HLB Connect anda, dan setelah anda membuka aplikasi tersebut, anda hanya perlu menatal menu di bawah keatas, dan ciri QR Pay (China) akan diperlihatkan, dimana fungsi imbasan kod QR akan diperlihatkan dan anda boleh mengimbas kod QR di kedai ataupun individu untuk membayar sebarang pembelian anda.

Satu keunikan untuk pasaran China ialah di bandar-bandar yang lebih besar, ia adalah lazim untuk pihak pekedai dan pembekal perkhidmatan untuk mengimbas kod QR pengguna. Dengan ciri pembayaran QR Pay oleh HLB Connect, kedua-dua cara imbasan kod QR disokong tanpa sebarang masalah.

Image from: Aplikasi HLB Connect Kini Menyokong Tiga Platform Pembayaran QR Utama Di China

Seperti yang dikatakan, satu ciri pembayaran ini menyokong tiga platform pembayaran QR terbesar di China, dengan HLB sendiri mengatakan bahawa ciri ini boleh digunakan di lebih 120 juta premis perniagaan di seluruh China, termasuklah premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian di Hong Kong, Macau dan Thailand.

Image from: Aplikasi HLB Connect Kini Menyokong Tiga Platform Pembayaran QR Utama Di China

Ciri ini turut melengkapi kemudahan mata wang berbilang sedia ada melalui akaun HLB Pay&Save, yang membolehkan pelanggan mengunci kadar pertukaran mata wang yang menguntungkan lebih awal, sekali gus mengelakkan kerumitan menggunakan aplikasi pihak ketiga dan menambah nilai dompet digital secara berasingan.

Aplikasi HLB Connect boleh dimuat-turun untuk peranti-peranti pintar pada platform Android, iOS dan HarmonyOS.

Sumber: Hong Leong Bank

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved