Lebih 50 peserta gabungan NGO tuntut Nik Nazmi undur, Rafizi henti hipokrasi

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 5:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 50 peserta gabungan NGO tuntut Nik Nazmi undur, Rafizi henti hipokrasi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 peserta dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun bagi menyerahkan memorandum untuk menuntut agar bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad agar melepaskan semua jawatan politik dan bersara sepenuhnya, susulan terlibat dalam tangkapan khalwat baru-baru ini.

Pada masa sama, himpunan NGO itu turut menuntut agar pemimpin Parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti mengelirukan rakyat dengan sering membuat dakwaan dan tuduhan berat tanpa bukti kukuh, yang berpotensi menjadi fitnah dan hipokrasi.

Antara pertubuhan NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Anak Muda Negara (Gen.Z), Bangkit Nasional (BANGKIT), Yayasan Masih Ada Yang Sayang (MAYS) dan Pertubuhan Demi Bangsa Negara (DEMI).

Jurucakap gabungan NGO yang juga aktivis politik dari Pekemas, Faizan Mohd Nor berkata, himpunan tersebut adalah bertujuan memberi tekanan kepada Nik Nazmi supaya mengambil tanggungjawab serius susulan kes khalwat yang dihadapi beliau.

“Direhatkan selama tiga bulan oleh parti yang mana diterajui oleh sahabat baiknya, Rafizi Ramli adalah suatu tindakan yang sangat lemah dan memberi gambaran salah kepada pemimpin masa depan terutama dalam kes khalwat yang mendapat liputan meluas.

“Justeru, Nik Nazmi harus berundur sepenuhnya dan kalau boleh mengajak Rafizi untuk bersara bersama kerana rekod lampau Rafizi yang penuh hipokrasi dan suka membuat dakwaan dan tuduhan tanpa kemukakan bukti,” jelasnya selepas menyertai perhimpunan itu di hadapan pejabat Parti Bersama di Puchong, Selangor.

April lalu, Faizan pernah mengadakan perhimpunan bersama NGO lain bagi menyuarakan desakan supaya Rafizi berundur daripada politik susulan dakwaan gagal menunaikan janji serta mengelirukan pengundi, khususnya di Pandan.

Ujar beliau, peningkatan jumlah peserta himpunan kali ini didorong oleh sokongan orang ramai yang mahu suara mereka didengari manakala peserta hadir bagi menyampaikan mesej tegas agar Rafizi tidak lagi mengelirukan rakyat dengan janji-janji.

Mengulas lanjut, Faizan berkata, politik Malaysia akan terus menjadi carca merba selagi ada ahli politik seperti Nik Nazmi dan Rafizi yang hanya gemar menimbulkan kekecohan dan kekalutan, tanpa ada asas atau bukti kukuh untuk menyokongnya. – UTUSAN

The post Lebih 50 peserta gabungan NGO tuntut Nik Nazmi undur, Rafizi henti hipokrasi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved