Aplikasi Lookout dicipta khas untuk OKU, teknologi AI bantu mereka terima info dengan cepat

Digital
15 Jan 2023 • 4:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
lookout

KHUSUS untuk golongan kurang upaya (OKU), satu aplikasi khas dikenali sebagai Lookout boleh membantu komuniti itu supaya lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Hanya menggunakan kamera telefon, pengguna OKU yang mengalami masalah rabun atau buta boleh menerima maklumat dengan cepat dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan.

Ia merangkumi mod gambar, teks, label, nilai mata wang dan dokumen.

image is not available

Diwujudkan untuk OKU di seluruh dunia, aplikasi hebat tersebut menyediakan lebih 20 bahasa.

Setakat artikel ini ditulis, sudah lebih 100,000 pengguna memuat naik Lookout menerusi pelbagai platform.

image is not available

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi