Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun

14 Jan 2023 • 4:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan sesekali buat pinjaman menerusi aplikasi-aplikasi ini

Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun. Dilaporkan ah long kini menukar taktik mereka dengan menawarkan pinjaman kepada orang ramai menggunakan aplikasi khas yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar.

Sekiranya anda melihat aplikasi yang menawarkan pinjaman wang di Google Play Store, jangan muat turun dan anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pinjaman wang daripada aplikasi-aplikasi seperti ini.

image is not available
Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun

Dijadikan senjata baharu Ah Long

Menurut laporan, aplikasi menawarkan pinjaman semakin berleluasa dan dikendali oleh ah long. Menerusi aplikasi seperti ini, ah long kini dapat memperoleh data daripada mangsa apabila mangsa muat turun aplikasi berkenaan – ini termasuk data peribadi mangsa, kamera hadapan, video, gambar, nombor telefon, lokasi dan e-mel.

Difahamkan juga, segala data yang diperoleh akan disunting sebelum disebarkan kepada keluarga, majikan, dan rakan-rakan untuk tujuan mengaib, memeras dan memalukan mangsa.

image is not available
Kredit: Twitter

Ia didapati mangsa hanya akan membuat pinjaman bermula RM50 hingga RM300 tetapi akan dipaksa membayar bunga 300x ganda daripada jumlah pinjam.

Malah, terdapat juga mangsa yang hanya memuat turun aplikasi dan hanya berminat untuk membuat pinjaman akan diugut untuk membayar hutang yang tidak dipinjam dengan ugutan yang tidak masuk akal hasil godaman data peribadi yang diperoleh para ah long ini.

Ketahui aplikasi yang dikawal oleh ah long

Orang ramai digesa untuk tidak memuat turun aplikasi pinjaman wang tidak berlesen demi keselamatan mereka. Setakat ini, terdapat banyak aplikasi serupa yang boleh didapati di Google Play Store.

Di bawah ialah infografik aplikasi diketahui yang menawarkan skim pinjaman wang tidak berlesen:

image is not available
Kredit: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Sekiranya anda menjadi mangsa skim ini dan telah diugut, anda dinasihatkan untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran anda.

Lagi di sini: