Aplikasi MAE Dan M2U Alami Masalah Akses Perlahan, Maybank Mohon Maaf

25 Jul 2022 • 12:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak awal pagi tadi, sistem perbankan dalam talian Maybank, MAE serta M2U MY dilaporkan mengalami gangguan tidak boleh diakses.

Menyedari perkara ini, rangkaian bank terbesar Malaysia itu membuat permohonan maaf menerusi akaun rasmi Twitter mereka terhadap kesulitan yang dihadapi penggunanya.

Sukacita dimaklumkan bahawa anda boleh melaksanakan perkhidmatan perbankan anda di web Maybank2u.

Pada masa ini, kami mengalami akses perlahan pada aplikasi MAE dan M2U MY kami.

Tambah Maybank lagi, pihaknya juga akan menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda.

Asal hari gaji je jadi macamni

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar masalah ni diselesaikan dengan kadar segera.

image is not available

image is not available

image is not available

Harap-harap Maybank dapat selesaikan isu ini segera.

Kredit: Twitter MyMaybank

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media