Maybank Mohon Maaf, Sahkan Aplikasi MAE Dan M2U Alami Masalah Akses Perlahan

25 Jul 2022 • 12:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Maybank Mohon Maaf, Sahkan Aplikasi MAE Dan M2U Alami Masalah Akses Perlahan

Pengguna Malayan Banking Bhd (Maybank) dinasihatkan untuk melakukan urusan perbankan di laman web Maybank2U kerana aplikasi MAE dan M2U MY mengalami masalah akses perlahan pada ketika ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Maybank menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.

“Dimaklumkan bahawa anda boleh melakukan perkhidmatan perbankan di web Maybank2u.

“Kami pada ketika ini mengalami masalah akses perlahan sementara pada aplikasi MAE dan M2U MY,” kata Maybank.

Tambah Maybank lagi, pihaknya juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan akan menyelesaikan masalah tersebut sepantas mungkin.

Sumber: Maybank