Aplikasi MAE Menghadapi Masalah Untuk Diakses Sementara Waktu

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank dalam satu ciapan di Twitter sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat gangguan bagi penggunaan aplikasi MAE buat masa ini. Aplikasi didapati gagal beroperasi dengan baik di mana papan pemuka utama tidak dapat diakses, kemudian hanya tersekat pada logo. Sebagai alternatif, Maybank menyarankan orang ramai untuk menggunakan aplikasi M2u dan Maybank2u laman web penuh untuk sementara waktu sehingga masalah ini diselesaikan.