Aplikasi MY TouristPay Memudahkan Pelancong Luar Berbelanja Di Malaysia Secara Nirtunai

TechnologyDigital
11 Dec 2023 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sektor pelancongan telah dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang yang memberi manfaat kepada negara. Justeru pelbagai inisiatif telah dipergiatkan dan salah satu daripadanya menerusi pengenalan aplikasi MY TouristPay.

image is not available

Seperti namanya ia direka sebagai penyelesaian menyeluruh dalam memudahkan pembayaran melalui kod QR dalam kalangan pelancong asing. Ia bukan sahaja menyediakan pengalaman berbelanja yang menyenangkan bagi pelancong. Malahan turut mempercepatkan semua urus niaga yang dijalankan oleh peniaga tempatan dengan bayaran segera.

image is not available

Cara penggunaanya juga mudah dengan hanya menambah butiran kad kredit dan debit pada aplikasi tersebut. Kemudian pembayaran pula boleh dibuat dengan mengimbas kod QR di premis perniagaan di seluruh Malaysia. Turut dinyatakan bahawa pelancong boleh menjejak sejarah transaksi yang meliputi maklumat tentang pengeluaran setiap hari.

image is not available

Aplikasi My TouristPay dikatakan telah tersedia di Google Play Store dan Apple App Store. Namun semakan kami mendapati ia hanya boleh dimuat turutn menerusi Google Play Store sahaja buat masa ini, yang dijangka tiba pada App Store pula dalam masa terdekat.