Aplikasi MyBorderPass Diperlukan Sebelum Menggunakan Imbasan Kod QR Imigresen Di KLIA

TechnologyDigital
6 Jan 2025 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu beratur panjang di kaunter daftar masuk khususnya untuk rakyat Malaysia seakan menemui titik penghujung melalui pengenalan lorong imbasan QR pada bulan ini. Bagaimanapun, mereka dikehendaki memuat turun aplikasi MyBorderPass terlebih dahulu bagi tujuan mendaftar maklumat perjalanan.

image is not available

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjelaskan bahawa aplikasi boleh dimuat turun melalui App Store dan Google PlayStore. Proses juga perlu dilakukan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dalam masa sama pengguna perlu membuat pengesahan wajah bagi proses pengesahan sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan.

image is not available

Walaupun masih baharu, diharapkan agar pelaksanaan ini akan merujuk kepada peningkatan perkhidmatan dan mengurangkan isu kesesakan yang sering berlaku di pintu masuk negara terutamanya musim perayaan. Selain dilihat berpotensi memendekkan tempoh pelepasan imigresen berbanding pintu automatik biasa.

JIM turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan keselamatan. Kemudahan kaunter manual dan sistem AutoGate konvensional juga akan terus tersedia serta boleh digunakan seperti biasa. Bagaimanapun passport masih wajib dibawa sebagai dokumen perjalanan utama.