Menteri Digital, Gobind Singh Deo hari ini mengatakan aplikasi mudah-alih MyGOV Malaysia akan dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan, Julai 2025. Aplikasi berkenaan kelak akan menjadi hab sehenti untuk semua perkhidmatan kerajaan melaluinya.

Ia juga dijangka akan menjadi platform digital teras dalam usaha peralihan ke sebuah negara digital. Aplikasi MyGOV Malaysia juga akan hadir diintegrasikan bersama MyDigital ID untuk pengurusan identiti.
Menggunakan aplikasi MyGOV Malaysia, ia akan memfokuskan kepada tujuh perkhidmatan utama terlebih dahulu, iaitu untuk perkara berkaitan perjalanan (berkaitan pasport), pendaftaran (berkaitan kelahiran dan kewarganegaraan), pemanduan (berkaitan cukai jalan dan lesen memandu), kesihatan (berkaitan temu janji perubatan dan rekod kesihatan), saman, perumahan (merangkumi cukai tanah dan cukai taksiran), dan juga untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi aplikasi MyGOV Malaysia ini secara rasminya pada bulan hadapan.


