Acara Samsung Galaxy Unpacked Untuk Z Fold7 dan Z Flip7 Akan Berlangsung Pada 9 Julai

TechnologyDigital
24 Jun 2025 • 9:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung secara rasmi mengesahkan acara Galaxy Unpacked yang seterusnya akan berlangsung pada 9 Julai depan di Brooklyn, New York. Di acara ini Samsung Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7 dan siri jam tangan pintar Galaxy Watch8 turut akan dilancarkan.

image is not available

Beberapa imej acah dan promosi yang dilakukan Samsung sejak sebulan yang lalu memberikan petunjuk Z Fold7 akan mempunyai tubuh yang lebih nipis sementara Z Flip7 pula akan mempunyai skrin luar yang lebih besar. Rekaan jam tangan Watch9 pula kesemuanya berkotak tetapi mengekalkan skrin berbentuk bulat.

Semalam cip Exynos 2500 telah dilancarkan secara rasmi dan ia tiba ketika kedengaran ura-ura kesemua model Z Flip7 akan menggunakan cip ini dan bukannya Snapdragon 8 Elite. Kebenaran ura-ura ini akan diketahui dalam masa dua minggu sahaja lagi. Selain itu kedua-dua telefon lipat ini dipercayai juga akan menjadi yang pertama dilancarkan dengan One UI 8 berasaskan Android 16.