Aplikasi MyGOV Malaysia: Apa Fungsi, Cara Guna & Senarai Perkhidmatan

LocalTechnology
6 Aug 2025 • 7:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Aplikasi MyGOV Malaysia: Apa Fungsi, Cara Guna & Senarai Perkhidmatan

Seperti yang diketahui, Kerajaan sebelum ini memaklumkan pelancaran satu aplikasi perkhidmatan terbaharu MyGOV Malaysia, dilancarkan pada Julai 2025.

Sudah tentu sebagai rakyat, pastinya ramai menantikan aplikasi terbaharu ini. Malah akan ada yang belum mengetahui pelbagai ciri dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam aplikasi ini?

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan mengenai aplikasi MyGOV Malaysia di bawah.

Apa Itu Aplikasi MyGOV Malaysia?

MyGOV Malaysia ialah aplikasi pusat sehenti perkhidmatan kerajaan sebagai pusat rujukan utama bagi pelbagai perkhidmatan awam.

Aplikasi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Teknologi Kerajaan (GovTech) negara, yang bertujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengakses pelbagai agensi kerajaan dengan lebih mudah.

Melalui MyGOV Malaysia, pengguna dapat membuat semakan, menghantar permohonan dan bakal menjadi yang terawal untuk terima maklumat terkini mengenai amaran bencana, perkhidmatan awam serta inisiatif berkaitan.

Senarai Perkhidmatan Yang Ditawarkan

image is not available
Gambar: MyGOV Malaysia

MyGOV Malaysia menawarkan enam perkhidmatan utama;

Pengangkutan

  • Semakan Lesen Memandu
  • Semakan Lesen Kenderaan
  • Semakan Saman JPJ
  • Semakan Mata Demerit
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
  • Semakan Keputusan Ujian Memandu

Kebajikan

  • Semakan Status OKU
  • Semakan Mangsa Bencana
  • Semakan Pusat PPS Aktif

Pendidikan

  • Semakan keputusan peperiksaan

Persaraan

  • Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Wajib
  • Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR bagi Persaraan Pilihan Sendiri
  • Pengiraan Anggaran Pencen dan Ganjaran bagi Pegawai yang Dibersarakan atas Sebab Kesihatan
  • Kiraan Anggaran Award GCR
  • Semakan Persaraan Pilihan
  • Semakan Status Permohonan Persaraan
  • Semakan Status Permohonan Pencen Terbitan
  • Kelulusan Faedah Persaraan
  • Kelulusan Perlantikan Wakil Diri
  • Surat Pengesahan Tanggungan Pesara
  • Pemakluman Pembayaran Faedah Persaraan
  • Status Perlantikan Wakil Skim A
  • Penyata Bayaran Pencen
  • Semak Pindaan Potongan
  • Status Permohonan Tuntutan Perubatan
  • Bantuan Mengurus Jenazah
  • Maklum Balas Pencen

Urus Tanah

  • Semakan Permohonan Perkhidmatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
  • Kalkulator Pembahagian Akta 300
  • Kalkulator Pembahagian Faraid

Umum

  • Direktori Kementerian dan Agensi
  • MYSPR Semak
  • Portal Data Terbuka
  • e-Fatwa

Cara Nak Guna MyGOV Malaysia

Untuk menggunakan MyGOV Malaysia, pengguna hanya perlu menggunakan MyDigital ID iaitu sistem pengenalan diri rakyat Malaysia yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian

Nota: Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di aplikasi Google Playstore (Android), Apple App Store (iPhone).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi https://www.mygov.gov.my/