Tular Bayi Menangis Selepas Terkejut Dengar Bunyi Bising Motosikal Guna ‘Ekzos Open’ [Video]

5 Aug 2025 • 1:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mengubahsuai atau modifikasi kenderaan telah menjadi antara hobi yang diminati oleh sebahagian rakyat Malaysia terutamanya golongan muda.

Hobi terbabit sememangnya tidak menjadi satu kesalahan selagi mana ia mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah modifikasi yang mendatangkan rasa kurang senang kepada orang awam seperti mengubah suai ekzos yang menghasilkan bunyi bising.

Tular bayi menangis gara-gara terkejut dengan bunyi ekzos open

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang bayi menangis selepas terkejut mendengar bunyi ‘ekzos open’ dari sebuah motosikal.

Kejadian terbabit berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh ibunya yang juga seorang influencer terkenal, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi sebelum dikongsikan di akaun TikTok miliknya @filadama_camara.

Menurut Fila, dia yang ketika itu menggendong anaknya turut berasa geram dengan bunyi bising ekzos terbabit.

Bukan hanya bayi, ibunya pun terkejut dengan bunyi ekzos diubahsuai itu

Kongsi Fila lagi, bukan hanya anaknya sahaja yang terkejut, bahkan dirinya sendiri juga terkejut mendengar bunyi ekzos tersebut.

Mana tidaknya, keadaan yang pada awalnya tenang dan tidak terlalu bising secara tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ekzos dari sebuah motosikal yang dihidupkan.

“Mommy pun terkejut gila sebab Assara tak pernah tau menangis macam ini, kesian dia, salah mommy,” tulisnya di dalam video.

@filadama_camara

nnt di katanya takyah la bwk kluar baby dr rumah 🤦🏻‍♀️

♬ original sound – filadama_camara

Untuk info, pihak polis sebelum ini menyatakan bahawa tindakan mengubah suai ekzos motosikal tidak dapat menambahkan kelajuan, sebaliknya ia hanya mendatangkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam.

Netizen kecam tindakan penunggang motosikal tukar ekzos bunyi bising

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan bayi tersebut yang terjaga daripada tidur kerana terkejut mendengar bunyi ekzos diubah suai.

Malah, kebanyakan orang juga mengecam tindakan segelintir penunggang motosikal yang gemar menukar ekzos standard kepada ekzos jenis open yang menghasilkan bunyi lebih kuat.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang berkongsi cara untuk menenangkan bayi yang menangis akibat terkejut.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available