Aplikasi MyJPJ: Cara untuk digitalkan cukai jalan dan lesen mememandu

15 Feb 2023 • 8:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, mengumumkan yang mereka sedang mengorak strategi pendigitalan bagi memudahkan kehidupan rakyat. Oleh sebab itu, bermula 10 Februari 2023, kerajaan tidak lagi mewajibkan amalan menampal pelekat cukai jalan di cermin kereta ataupun membawa cukai jalan fizikal bagi motorsikal termasuklah versi fizikal lesen memandu.

image is not available

Ini adalah cara untuk mendigitalkan cukai jalan dan lesen memandu. Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi MyJPJ bergantung kepada platform telefon ini. Berikut adalah link untuk aplikasi tersebut.

Di halaman pemuka, anda akan diminta untuk melog masuk menggunakan ID (JPJeID) MySikap. Sekiranya anda tiada akaun, terdapat kemudahan untuk membuka akaun baharu.

image is not available

Dalam halaman pendaftaran, anda perlu masukkan maklumat pengenalan seperti nombor kad pengenalan, nama, nombor telefon, dan alamat e-mel. Anda juga diperlukan untuk mewujudkan beberapa jenis soalan keselamatan supaya boleh digunakan dalam keadaan apabila anda terlupa kata laluan.

image is not available

Selesai melog masuk, anda akan dibawa ke halaman utama aplikasi MyJPJ. Ada macam-macam perkhidmatan ditawarkan melalui aplikasi ini seperti membida nombor pendaftaran, memfailkan aduan, periksa mata demerit sistem KEJARA dan sebagainya.

image is not available

Untuk melihat salinan digital cukai jalan kenderaan dan lesen memandu, anda boleh tekan butang profil di bahagian penjuru kanan.

Perlu diingatkan yang peralihan ke fasa digital sepenuhnya sedang berjalan dan rakyat tidak diwajibkan untuk memuat turun aplikasi ini ataupun perlu membuang terus salinan fizikal dua dokumen rasmi yang dinyatakan tadi. Ia bolehlah dilihat sebagai satu kemudahan ataupun kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Sekiranya tidak bersedia untuk menggunakan MyJPJ, anda bolehlah tetap membawa versi fizikal lesen memandu dan cukai jalan.

Bacaan berkaitan