Aplikasi MyJPJ Dipuji, JPJ Terima Anugerah Di Singapura

LocalTechnology
22 Jun 2025 • 10:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah mengharumkan nama negara apabila menerima pengiktirafan “Digital Transformation Of The Year – Transportation” di majlis The GovMedia Awards 2025 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Pengiktirafan ini diberikan kepada JPJ atas kejayaan aplikasi MyJPJ yang telah memudahkan pelbagai urusan berkaitan pengangkutan secara digital. Pencapaian ini membuktikan komitmen JPJ dalam mempercepat agenda pendigitalan perkhidmatan awam, selari dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkat sistem penyampaian yang lebih efisien dan mesra rakyat.

image is not available

The GovMedia Awards 2025 merupakan platform pengiktirafan berprestij untuk agensi kerajaan dan syarikat di rantau Asia Pasifik yang berjaya melaksanakan projek transformasi digital berimpak tinggi. Penilaian dilakukan secara teliti oleh panel profesional daripada syarikat audit terkemuka dunia seperti PwC, Ernst & Young (EY) dan KPMG.

image is not availableimage is not available

JPJ turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia serta semua pihak yang telah memberi sokongan padu sepanjang perjalanan transformasi digital ini. JPJ berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada inovasi berterusan dan kecemerlangan dalam sektor pengangkutan negara.