Aplikasi MyJPJ kini dilihat telah dikemaskini, dan menawarkan pilihan kepada pengguna untuk turut log masuk menggunakan MyDigital ID – selain daripada pilihan untuk log masuk atau daftar akaun berasingan untuk MyJPJ.

Dengan langkah ini, para pengguna yang sedia mempunyai akaun MyDigital ID boleh log masuk ke aplikasi MyJPJ dengan mudah, dan hanya menguruskan satu akaun sahaja untuk pelbagai aplikasi kerajaan. Pada awalnya, ia disasarkan untuk implementasi menyeluruh MyDigital ID pada aplikasi MyJPJ pada minggu ini, namun langkah berkenaan ditangguhkan – dan kini dilihat ditawarkan sebagai pilihan untuk pengguna memilih akaun MyJPJ atau MyDigital ID untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan.
Bagi anda yang menggunakan aplikasi MyJPJ, boleh mengemaskini ke versi terkini, dan melihat pilihan log masuk MyDigital ID ini di Android dan iPhone.


