Aplikasi MyOnePAS Dibangunkan Bersama MPay, Memenuhi Kehendak BNM – Boleh Dimuat-Turun Hujung November 2023

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pembangun aplikasi MyOnePAS kini menyertakan sebuah notis ringkas pada laman web rasmi, sekaligus menyatakan yang mana aplikasi MyOnePAS boleh dimuat-turun melalui gedung aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store pada penghujung November 2023.

image is not available

Pada masa yang sama, ia turut ditekankan yang mana aplikasi MyOnePAS dibangunkan dengan kerjasama pihak ManagePay atau MPay. Ia sekaligus membolehkan pihak pembangun aplikasi MyOnePAS memenuhi kehendak keselamatan seperti yang digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Untuk makluman, MPay sedia bekerjasama dengan sejumlah pihak sebelum ini, selain turut mempunyai penawaran perkhidmatan dompet digital dan kad prabayar Mastercard tersendiri.

Sebelum ini, pada penghujung minggu lepas, MyOnePAS telah diumumkan, dimana selain integrasi sejumlah ciri memfokuskan gaya hidup muslim, ia turut menyertakan sokongan dompet digital bersama kad prabayar fizikal untuk pengguna. Ini sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya akan berkenaan keselamatan aplikasi dan sebagainya.

image is not available

Dengan penjelasan ini, ia mungkin memberikan gambaran yang lebih baik kepada pengguna. Sama-sama kita nantikan penghujung November ini untuk melihat aplikasi MyOnePAS tersedia pada gedung aplikasi platform masing-masing.