Xiumin Exo, Bobby iKON Gegar 9WAVE Music Festival!

17 Oct 2023 • 7:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Dua bintang popular Korea Selatan, Xiumin Exo dan Bobby iKON bakal menggegarkan pentas di Surf Beach Sunway Lagoon menerusi Festival Muzik 9Wave pada 11 November depan.

Kehadiran dua nama besar dunia muzik K-Pop ini juga akan disertai kumpulan gadis sensasi, (G)I-DLE, pemuzik serba boleh, Henry Lau, pemuzik muzik elektro, Shaun dan bintang popular, Hyoyeon dari SNSD.

Dalam satu kenyataan, penganjurnya, Nine XTraw berkata, festival tersebut akan menjadi pentas merayaan muzik dan budaya K-Pop yang mengasyikkan dengan menghimpunkan peminat dari seluruh Malaysia dan negara serantau.

Malah konsert anjuran bersama Skyline Entertainment ini juga menjanjikan malam muzik yang tidak akan dilupakan oleh peminat yang hadir meraikan bintang-bintang tersohor dunia K-Pop.

“Jualan tiket sudah dibuka bermula pada harga RM268 (general) sehingga RM8,888 (VIP duduk). Tiket zon duduk VIP itu dibuka hanya untuk enam pembeli sahaja. Tempat duduk serta jamuan makan disediakan khusus untuk enam pembeli bertuah.

“Dalam pada masa sama, tiket-tiket lain dijual pada harga RM588 (parti), RM788 (wave), RM1,088 (VIP stand) dan RM7,888 (VIP duduk).  Kami juga memberikan potongan harga lebih murah berbanding jualan awal terdahulu,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berhubung festival dan pembelian tiket boleh melayari  www.9wavemusicfestival.com dan premier.ticketcharge.com.my.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved