Aplikasi Netflix Game Controller Tiba Ke App Store – Sokongan Permua Pada TV Bakal Tiba

TechnologyDigital
9 Aug 2023 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menerusi Netflix Gaming, pelanggan Netflix boleh menikmati beberapa permua menerusi langganan mereka. Ramai mungkin tidak menggunakan ciri ini kerana ia sedikit tersorok dan akibatnya percuma ini tidak pernah diakses. Terkini menurut laporan Techcrunch, aplikasi Netflix Game Controller telah tiba di Apple App Store menandakan sokongan memainkan permua pada TV bakal tiba.

image is not available

Menerusi Netflix Game Controller sebuah iPhone atau iPad boleh digunakan sebagai alat kawalan permainan. Berdasarkan grafik yang dikongsi oleh Netflix, Ia terdiri daripada satu butang kawalan arah berbentuk bulat dan empat lagi butang muka dengan abjad X,Y, A, B yang agak asas.

image is not available

Di App Store, penerangan yang diberikan hanyalah ciri ini akan tiba dalam masa terdekat. Tidak diketahui apakah sistem operasi TV yang kelak disokong. Kerana aplikasi muncul pada peranti Apple terlebih dahulu besar kemungkinan ia akan disokong pada platform Apple TV dahulu menerusi ciri Air Play 2.