Aplikasi perbankan AS tergendala akibat pepijat perisian

Business & FinanceDigital
17 Nov 2026 • 7:32 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aplikasi perbankan AS tergendala akibat pepijat perisian

WASHINGTON: Pengguna di Amerika Syarikat (AS) melaporkan gangguan terhadap beberapa aplikasi perbankan utama dan portal perbankan dalam talian, menurut laman pemantauan gangguan perkhidmatan, Downdetector.com.

Antara institusi kewangan yang terjejas ialah Bank of America, JPMorgan Chase dan aplikasi pemindahan wang popular, Zelle.

Downdetector melaporkan aduan gangguan memuncak sekitar jam 2 petang (waktu tempatan) sebelum mula berkurangan.

JPMorgan Chase dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X mengesahkan pihaknya mengalami masalah sementara berpunca daripada pepijat perisian dalam sistem perkakasan yang beroperasi di premis sendiri.

Bagaimanapun, bank itu menegaskan tiada bukti menunjukkan gangguan berkenaan berpunca daripada serangan siber.

“Proses memberikan perkhidmatan kepada sesetengah pelanggan mengambil masa lebih lama daripada biasa,” menurut kenyataan itu.

Bank berkenaan turut berjanji untuk memulihkan perkhidmatan menjelang penghujung hari.

JPMorgan Chase menjelaskan transaksi yang melibatkan bank lain mungkin turut terjejas, namun menegaskan gangguan itu bukan masalah yang menjejaskan keseluruhan sistem perbankan.

Gangguan berkenaan pada awalnya mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlakunya serangan siber.

Bulan lalu, platform mata wang kripto Binance menjadi mangsa penggodaman membabitkan kehilangan dana bernilai AS$6.3 bilion (RM25.79 bilion), yang disifatkan sebagai kes terbesar pernah berlaku dalam sektor mata wang kripto.

Terbaharu, bank Perancis, Credit Mutuel Arkea turut menjadi sasaran serangan siber sehingga mengalami kerugian kira-kira 100 juta euro (RM450.32 juta).-AFP

The post Aplikasi perbankan AS tergendala akibat pepijat perisian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved