Aplikasi & Portal Perbankan Dalam Talian Di AS Alami Gangguan Perkhidmatan

Business & Finance
17 Nov 2026 • 5:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Aplikasi & Portal Perbankan Dalam Talian Di AS Alami Gangguan Perkhidmatan

Beberapa aplikasi perbankan utama dan portal perbankan dalam talian di Amerika Syarikat dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan pada Isnin, menurut laman pemantauan Downdetector.com.

Memetik AFP, antara institusi kewangan yang terjejas akibat gangguan itu ialah Bank of America, JPMorgan Chase dan aplikasi pemindahan wang popular, Zelle.

Bagaimanapun, salah sebuah institusi perbankan menafikan bahawa gangguan tersebut berpunca daripada serangan siber.

Menurut Downdetector, laporan mengenai gangguan perkhidmatan memuncak sekitar jam 2.00 petang waktu Timur Amerika Syarikat sebelum kembali berkurangan.

Baca juga:

JPMorgan Chase memaklumkan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di X bahawa pihaknya mengalami isu sementara yang berkaitan dengan pepijat perisian (software bug) dalam sistem perkakasan di premis (on-premise hardware), sambil menambah tiada bukti yang menunjukkan perkara ini berkaitan dengan serangan siber.

Image from: Aplikasi & Portal Perbankan Dalam Talian Di AS Alami Gangguan Perkhidmatan
Kredit: AFP

"Ia mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk melayan sesetengah pelanggan,

"Di mana kami terlibat dalam transaksi yang membabitkan bank-bank lain, bank-bank tersebut mungkin turut terjejas, namun ini bukanlah isu sistemik," tambah JPMorgan Chase, dengan perbankan tersebut berikrar untuk memulihkan perkhidmatan menjelang akhir hari Isnin.

Gangguan tersebut pada mulanya mencetuskan kebimbangan mengenai isu berkaitan siber.

Bulan lalu, platform mata wang kripto Binance menjadi mangsa penggodaman yang membabitkan kecurian dana sebanyak RM25.80 bilion, iaitu yang terbesar pernah berlaku dalam dunia kripto.

Baru-baru ini, bank Perancis Credit Mutuel Arkea turut menjadi sasaran serangan siber, mengakibatkan kerugian sekitar RM451.49 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved