
Aplikasi Sora boleh dimuat turun pengguna Android menerusi Play Store di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan Vietnam hari ini. Sebelum ini aplikasi hanya boleh dimuat turun di Apple App Store di Amerika Syarikat sahaja dengan ia turut memerlukan jemputan sebelum boleh digunakan.
The Sora app is now available on Android in:
Canada
Japan
Korea
Taiwan
Thailand
US
Vietnam pic.twitter.com/wmx5KU4VM1
Sora versi Android menawarkan ciri yang sama iaitu janaan video kecerdasan buatan (AI) secara percuma dalam jumlah terhad setiap hari. Kredit tambahan boleh dibeli untuk menjana lebih banyak video. Ciri Cameo pula membolehkan wajah pemilik akaun digunakan dalam video pengguna lain.
Sejak dilancarkan ia dimuat turun jutaan kali sehingga menjadi aplikasi nombor 1 di App Store. Sungguhpun begitu OpenAI dikritik kerana membenarkan wajah tokoh, selebriti dan kandungan milik harta intelek orang lain digunakan tanpa kebenaran. Ia memaksa Persatuan Pengedaran Kandungan Luar Negara (CODA) yang mewakili 36 syarikat Jepun meminta OpenAI untuk tidak lagi membenarkan Sora menjana video mengandungi IP milik mereka.

