Aplikasi Telegram Hilang Daripada Penyenaraian Di Apple App Store (Dikemaskini)

TechnologyDigital
4 Aug 2026 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Telegram Hilang Daripada Penyenaraian Di Apple App Store (Dikemaskini)

Aplikasi Telegram kini dilihat tidak ditawarkan atau disenaraikan di kedai aplikasi Apple, App Store. Ini sekaligus membuatkan pengguna peranti Apple seperti iPhone tidak boleh melakukan kemaskini atau memuat-turun aplikasi Telegram ke peranti mereka.

Buat masa ini, sebab disebaliknya tidak dinyatakan. Aplikasi Telegram masih ditawarkan melalui Google Play Store buat masa ini.

Image from: Aplikasi Telegram Hilang Daripada Penyenaraian Di Apple App Store (Dikemaskini)

Sebelum ini, Rusia telah mendakwa pengasas Telegram membantu aktiviti pengganas, dimana aplikasi tersebut digunakan dalam mengatur serangan oleh Ukraine ke dalam Rusia. Selain digunakan untuk tujuan komunikasi, kebelakangan ini juga aplikasi Telegram menjadi antaramuka untuk komunikasi bersama ejen AI – dan tidak pasti sama ada hal ini melanggar terma Apple atau sebaliknya.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan komen rasmi daripada pihak Telegram atau Apple berkaitan hal ini.

Kemaskini

Aplikasi Telegram telah dikembalikan semula ke App Store sebentar tadi. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Apple kepada Reuters, Telegram dibuang seketika kerana ia digunakan untuk penyebaran kandungan seksual kanak-kanak yang melanggar terma dan syarat App Store. Telegram telah membuang kandungan tersebut dan mengharamkan pengguna yang menyebarkannya daripada platform.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved