Spotify Kini Mempunyai 675 Juta Pengguna Aktif Bulanan

TechnologyDigital
5 Feb 2025 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify telah pun berkongsi penyata kewangan mereka untuk Q4 2024 dan ia memperlihatkan penambahbaikan yang sangat menarik. Spotify kini mempunyai lebih 675 juta pengguna aktif setiap bulan dan juga 263 juta pelanggan berbayar. Jumlah pendapatan kali ini adalah €4.2 bilion, 16% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

image is not available

Spotify turut berkongsi yang kejayaan baru ini turut kerana penawaran sehingga lebih 330,00 video di platform mereka. Selain turut kini membantu pencipta kandungan berkongsi karya mereka dan turut boleh menjana pendapatan. Sepanjang tahun 2024, Spotify telah membayar sebanyak lebih $10 bilion untuk industri muzik.

image is not available

Kemudian koleksi buku audio juga semakin bertambah dengan kini mencapai sehingga 350,000 buku. Pada masa yang sama, rangkuman tahunan Spotify Wrapped turut menerima jumlah pengguna yang meningkat sehingga 10%.

Tidak dinafikan yang Spotify masih lagi platform penstriman paling popular. Namun sayang sekali, dengan harga langganan semakin meningkat – pengguna di Malaysia tidak dapat menikmati banyak ciri lain. Sehingga hari ini DJ AI, buku audio dan video masih belum ditawarkan. Harapnya dengan jumlah pengguna semakin meningkat dan keuntungan semakin tinggi ini, Spotify akan berlaku adil kepada pengguna di Malaysia.