Aplikasi TikTok Mula Menyokong Ciri Auto Tatal

TechnologyDigital
22 Jan 2024 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok adalah aplikasi penstriman video merangkap media sosial yang mempopularkan kandungan video menegak. Pada laman For You aplikasi, ia boleh ditatal tanpa henti untuk menonton video berbeza setiap masa. Ciri menatal tanpa henti ini turut telah diperkenalkan ke banyak aplikasi lain seperti Facebook dan Instagram, X, Sarwa dan banyak lagi.

image is not available

Terbaru, TikTok telah mengemaskini aplikasi mereka untuk menyokong ciri auto tatal atau dalam aplikasi ia digelar sebagai Penatalan automatik. Ciri ini diperkenalkan selepas ramai pengguna menginginkannya. Malah tahun lepas terdapat sejenis cincin pintar tular yang merupakan alat kawalan untuk menatal TikTok tanpa menyentuh skrin. Kini anda boleh melakukannya tanpa berbelanja.

image is not available
Contoh variasi cincin kawalan popular untuk TikTok

Dalam semakan saya kedua-dua peranti iPhone dan Android yang saya gunakan telah mempunyai ciri ini terbina. Hanya tekan dan tahan pada laman For You, pilih penatalan automatik dan nikmati TikTok tanpa perlu menatal. Kekurangannya cuma satu, auto tatal hanya berlaku selepas setiap video tamat, berbeza dengan cincin kawalan tadi yang boleh terus tatal pada bila-bila masa.

image is not available
Logo auto tatal jika ia diaktifkan

Menurut laporan TechCrunch, ciri ini sebenarnya masih di peringkat ujian jadi tidak semua pengguna dapat menggunakannya. Ciri ini mungkin bukan untuk saya kerana saya tidak aktif pada TikTok. Adakah anda akan menggunakannya?