“Papa tak nak mama bergaduh” – Tunang Pujuk Anju, Minta Henti Berbalah Dengan Fathia Latiff

Entertainment
12 Jan 2024 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh dengan isu yang timbul beberapa hari ini, tunang Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzy memujuk pelakon itu untuk berhenti berbalah dengan Fathia Latiff di media sosial demi kebaikan bersama.

Menerusi hantaran video di TikTok, Khazrul mendakwa dirinya turut terkena impak di sebalik kontroversi yang tercetus.

“Papa nak cakap sikit, papa baca banyak regarding you. Papa pun dah call mama suruh mama stop. Takp apa mama, kita stop bukan tandanya kita kalah. Kita stop tandanya kita sangat bijak.

“Dia bukan level untuk you berlawan di media sosial. Hentikan pertelingkahan dengan ‘budak senget’ itu,” ujarnya.

image is not available

@standwithpalestinen

@zarinaanjoulie_ #fyp jangan layan budak senget

♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

Menurut Khazrul, dia tidak mahu tunangnya berbalah di media sosial lagi kerana ia akan memberi kesan pada masa hadapan.

Malah, dia juga bersedia untuk mempertahankan Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju sekiranya Fathia membawa kes ke mahkamah.

“Jangan gaduh-gaduh lagi. Lantak sama dia. Tunggu dia dekat mahkamah. Jangan dia tidak boleh bayar saman kita. Kita saman dia sampai bankrap,” katanya.

Sebelum ini, Zarina mengeluarkan kenyataan bahawa dia malas meneruskan perbalahan dan memilih tidak lagi meneruskan perang dengan Fathia di media sosial.

Nama Zarina menjadi sebutan selepas dia mengulas mengenai kenyataan Fathia yang menyamakan wajah pelakon, Zahirah MacWilson dengan bibik.

Harapnya, isu ini sampai sini saja…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.