Aplikasi X Untuk Android Mula Menyokong Passkey

TechnologyDigital
16 Aug 2024 • 6:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Platform media sosial X mula menyokong passkey pada aplikasi untuk peranti Android semalam. Fungsi ini adalah meningkatkan keselamatan akaun dan memudahkan proses log masuk. Ciri seumpama ini telahpun diperkenalkan terlebih dahulu kepada pengguna iOS di Amerika Syarikat bulan Januari lalu dan kemudiannya telah diperluaskan ke seluruh dunia pada April.

Ciri keselamatan yang digunakan pada aplikasi X ini merupakan langkah keselamatan baru yang dilihat lebih baik berbanding dengan tetapan kata laluan tradisional yang digunakan sebelum ini. Menerusinya, akaun pengguna tidak akan mudah untuk digodam disamping pengguna tidak lagi perlu mengingati kata kunci setiap kali ini mendaftar masuk ke dalam aplikasi.

Untuk menggunakan ciri ini pengguna masih perlu membuat akaun dengan tetapan kata laluan tradisional. Kemudian, setelah mendaftar masuk ke dalam aplikasi, pengguna boleh mengaktifkan ciri passkey di bahagian tetapan “Additional password protection” pada Security tab.

Walau bagaimanapun, ketika kami cuba mengakses ciri ini pada peranti Android ia masih belum diaktifkan mungkin kerana ia diaktifkan secara berperingkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved