Google sejak kebelakangan ini semakin ketat dalam membenarkan pengguna memuat sisi aplikasi pada peranti Android. Play Protect mula menggunakan model sekuriti yang lebih kuat dan kelak akan memerlukan pengesahan biometri sebelum memuat sisi. Walaupun begitu, Google masih ingin memberi pengguna fleksibiliti dalam menggunakan peranti Android.

Mereka kini sedang menguji kemampuan mengemaskini aplikasi yang dimuat sisi pada peranti melalui Play Store. Ia turut akan menyokong aplikasi yang dimuat turun dari gedung aplikasi lain. Pengguna kelak akan melihat butang “Update from Play” pada penyenaraian di Play Store. Selain itu, amaran memberitahu pengguna asal-usul aplikasi turut dipaparkan.
Buat masa ini ciri ini masih tidak diberikan kepada semua pengguna. Turut tidak pasti adalah, adakah pengguna akan terus mengemaskini aplikasi di Play Store selepas tekan Update to Play.
