Aplikasi Xbox Kini Disokong Pada Semua PC Windows 11 Berasaskan Arm

TechnologyGaming
22 Jan 2026 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Xbox app kini secara rasmi disokong pada semua PC Windows 11 berasaskan Arm membolehkan pengguna memuat turun dan bermain game terus dari katalog Xbox PC. Tambahan lagi menurut Microsoft, lebih 85% permainan Game Pass kini serasi dengan Arm dengan lebih banyak lagi akan ditambah.

image is not available

Penyelaku Prism menyokong AVX dan AVX2 yang membolehkan permainan X86 dimainkan pada PC Arm. Bagi permainan yang belum disokong, ia masih boleh distrim menggunakan Xbox Cloud Gaming. Penambahbaikan lain yang dibawakan ialah sistem Epic Anti‑Cheat (EAC) kini berfungsi pada PC Arm, membolehkan game popular seperti Gears of War: Reloaded dan Fortnite dimainkan secara natif.

Selepas lebih setahun dilancarkan, akhirnya sokongan permainan video pada komputer Arm ditambahbaik. Walaupun cip seperti Snapdragon X Elite berkuasa, isu awal permainan tidak boleh dijalankan menjadi sebab mengapa ramai masih memilih PC dengan cip X86.