Mati ialah antara perkara paling ditakuti manusia. Takut amalan tidak cukup sebelum bertemu Ilahi dan keluarga yang ditinggalkan menangis di pintu kubur kerana hilangnya ketua keluarga. Dengan hubungan keluarga semakin jarang disebabkan kesibukan kerja, aplikasi Sileme kini tular di China kerana cirinya yang memerikan sama ada pengguna masih lagi hidup.

Sileme yang bermaksud “anda dah mati?” tular di China kerana fungsinya yang membantu individu yang tinggal bersendirian memantau keselamatan diri. Mereka hanya perlu melakukan pengesahan masih hidup setiap hari Jika ia tidak dilakukan dalam tempoh 48 jam, notifikasi akan dihantar kepada individu yang didaftarkan sebagai kontak kecemasan dalam aplikasi.
Fenomena mati tanpa disedari dan hanya disedari selepas mayat busuk semakin meningkat di China. Oleh itu aplikasi ini dibangunkan memandangkan lebih 30% daripada 200 juta isi rumah bujang di China tinggal seorang diri. Bayaran 8 Yuan (~RM 4.70) sebulan dikenakan bagi menampung kos operasi.
Kerana popularitinya di China, Sileme telah dilancarkan ke pasaran global sebagai Demumu tetapi hanya untuk iOS sahaja ketika ini dengan bayaran $0.99 sebulan.
