APM gagalkan cubaan lelaki terjun bangunan pusat beli-belah

8 Aug 2024 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kejadian melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun dipercayai cuba terjun daripada sebuah bangunan pusat beli belah dekat Setia Alam, Ahad lalu.

SHAH ALAM - Tindakan pantas anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai cuba terjun daripada sebuah bangunan pusat beli belah dekat Setia Alam, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian terbabit melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 26 tahun.

"Siasatan mendapati individu berkenaan dipercayai cuba terjun dari tingkat enam bangunan pusat beli belah berkenaan.

"Bagaimanapun, tindakan individu terbabit gagal selepas diselamatkan anggota APM yang kebetulan berada di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak Pondok Polis Setia Alam.

"Polis kemudiannya menghubungi waris individu terbabit dan diserahkan kepada bapa saudaranya dalam keadaan baik dan stabil.

"Siasatan lanjut dapati mangsa mempunyai masalah kesihatan mental dan sedang menerima rawatan di Hospital Serdang selain dipercayai mengalami masalah keluarga," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved