APM sasar latih 330,000 oarang awam ilmu asas pertahanan awam setahun

12 Oct 2023 • 4:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MACHANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan untuk memberi latihan asas ilmu pertahanan awam kepada 330,000 orang awam setiap tahun, kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Aminurrahim Mohamed (gambar).

Beliau berkata tahun ini APM telah melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.

“Kita yakin dapat mencapai sasaran 330,000 memandangkan ada dua bulan lagi sebelum memasuki tahun baru,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HipA 6.0) Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaaan Tahun 2023 di Kampus UiTM Machang,di sini hari ini.

Sementara itu, Aminurrahim berkata dari segi anggota sukarela pula, tahun ini pihaknya telah berjaya menarik penyertaan 13,000 sukarelawan untuk menganggotai APM, melebihi sasaran awal seramai 13,000 orang. -Bernama