Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67

2 Oct 2023 • 9:42 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 67 daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 114 daripada 36 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 63 daripada 22 keluarga manakala empat daripada satu keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya keadaan cuaca baik dan air surut sepenuhnya hari ini, kesemua mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkenaan boleh pulang ke rumah masing-masing. 2 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved