APM selamatkan kucing tersepit di gril tingkap

4 Mar 2025 • 3:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Tindakan pantas pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap hampir satu jam di gril tingkap sebuah rumah di PPR Taman Mesra, Isnin.

Anggota APM tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 9.20 pagi, dan menggunakan peralatan sedia ada untuk melepaskan kucing tersebut.

Menurut pemilik kucing itu, haiwan peliharaannya itu keluar rumah dan setelah cuba mencarinya, mendapati ia terperangkap di tingkap tersebut.